|
|
| Beberapa Aspek Penting bagi Pembeli Rumah | ||
Sebelum anda membuat keputusan bagi membeli rumah, sila pastikan:
|
||
Kenal
Pasti Jenis Rumah
|
||
| Surat
Perjanjian Jual dan Beli (SPJB) untuk tanah dan bangunan (landed property)
seperti rumah banglo, rumah berkembar dan rumah teres ialah 24 bulan. SPJB
untuk bangunan yang dipecahbahagikan (Building intended for subdivision)
seperti kondominium, rumah pangsa, apartment dan rumah bandar ialah 36 bulan.
Pembeli adalah dinasihatkan
mendapatkan brosur/risalah secara percuma daripada pemaju di mana di dalamnya
terdapat semua maklumat penting projek termasuk nombor lesen, permit dan
sebagainya. |
||
| Status Tanah | ||
Pastikan status tanah sama ada:-
|
||
| Maklumat Brosur | ||
Brosur diberi percuma oleh pemaju dan pastikan kandungan brosur mempunyai maklumat berikut:-
|
||
| Hak dan Kepentingan Pembeli dalam Perjanjian Jual dan Beli Rumah | ||
Perlu difahami isi perjanjian Jual dan Beli rumah sepertimana JADUAL G dan H yang terdapat dalam Peraturan-Peraturan Pemaju Perumahan (Kawalan dan Pelesenan) 1989. |
||
Bayaran Pertama |
||
Pembeli perlu menandatangani SPJB pada masa pembayaran pertama 10% harga rumah dibayar kepada pemaju. Pastikan tarikh bayaran pertama dan SPJB adalah tarikh yang sama. Untuk makluman pemaju tidak boleh mengutip apa-apa bayaran dengan nama apa pun tanpa suatu Surat Perjanjian Jual dan Beli. |
||
| Perakuan Arkitek | ||
| Pastikan apa-apa tuntutan bayaran ansuran kepada pemaju disokong dengan satu perakuan yang ditandatangani oleh Arkitek atau Jurutera Pemaju yang bertauliah. | ||
| Faedah Yang Dikenakan | ||
| Sekiranya pembeli atau pembiayaan (End Financier) pembeli gagal membayar bayaran ansuran dalam tempoh 21 hari bekerja dari tarikh menerima notis bertulis bayaran, pembeli akan dikenakan faedah oleh pemaju yang dikira dari hari ke hari atas kadar 10% setahun ke atas ansuran yang tidak berbayar. | ||
| Pembatalan Perjanjian Jual dan Beli | ||
| Sila ambil ingatan bahawa kegagalan pembeli membayar bayaran ansuran dan faedah yang dikenakan bagi suatu tempoh melebihi 28 hari, pemaju boleh menamatkan perjanjian Jual dan Beli. Pemaju hendaklah menghantar Surat Berdaftar A.R. kepada pembeli tentang hasratnya membatalkan Perjanjian Jual dan Beli. | ||
| Bayaran Penyelenggaraan Infrastruktur | ||
Pembeli hendaklah membayar kos penyenggaraan infrastruktur dari tarikh pemilikan kosong sehingga masa penyenggaraan infrastruktur diambil alih oleh Pihak Berkuasa Berkenaan atau Perbadanan Pengurusan (bagi bangunan yang bermaksud dipecahbahagi. Infrastruktur yang dimaksudkan ialah:
|
||
| Bayaran Penyelenggaraan Perkhidmatan | ||
Mulai dari tarikh pemilikan kosong pembeli hendaklah membayar bagi perkhidmatan-perkhidmatan seperti berikut:- Bagi tanah dan bangunan (ii) Bayaran ini wajib dibayar hanya sehingga perkhidmatan ini diambil alih oleh Pihak Berkuasa Yang Berkenaan. (iii) Pembelii hendaklah membayar pendahuluan sebanyak 6 bulan pada masa mengambil pemilikan kosong. Sekiranya selepas 6 bulan, perkhidmatan ini masih belum di ambil alih Pihak Berkuasa Yang Berkenaan, apa-apa pembayaran selepas itu hendaklah dibayar secara pendahuluan bulanan. Bagi bangunan yang bermaksud dipecahbahagi (ii) Pembeli hendaklah membayar deposit satu (1) bulan dan tiga (3) bulan pendahuluan bagi perkhidmatan penyenggaraan ini dan apa-apa bayaran kemudian hendaklah dibayar satu bulan terdahulu. (iii) Bayaran perkhidmatan penyenggaraan ini wajib dibayar kepada pemaju daripada tarikh pemilikan kosong sehingga penubuhan suatu perbadanan pengurusan di bawah Akta Hakmilik Strata 1985. (iv) Apabila Perbadanan Pengurusan (Management Corporation) di tubuhkan di bawah Akta Hakmilik Strata 1985, perkhidmatan penyenggaraan akan diambil alih oleh Perbadanan Pengurusan ini dan pembeli adalah wajib membayar perkhidmatan penyenggaraan kepada Perbadanan ini dan bukan lagi kepada pemaju. Ingatan:- |
||
| Kumpulan Wang Penjelas (Sinking Fund) | ||
Bagi bangunan yang bermaksud dipecahbahagi sahaja.
|
||
| Bayaran Cukai Tanah, Cukai Taksiran dan Lain-lain | ||
| Mulai dari tarikh Pemilikan Kosong atau tarikh harta dipindahmilik mengikut mana yang terdahulu, pembeli adalah bertanggungjawab membayar cukai tanah, kadaran, cukai taksiran dan bayaran-bayaran lain berkenaan dengan harta yang dibeli. | ||
| Tempoh Pemilikan Kosong | ||
Pemilikan kosong bangunan dengan bekalan air dan elektrik sedia untuk penyambungan hendaklah diserahkan kepada pembeli dalam tempoh 24 bulan kalendar dari tarikh Perjanjian (bagi tanah dan bangunan) dan 36 bulan (bagi bangunan yang dipecahbahagi). |
||
| Syarat-Syarat dan Hak Pembeli Semasa Penyerahan Pemilikan Kosong (VP) | ||
Pastikan harta bebas daripada sebarang bebanan semasa menerima notis penyerahan pemilikan kosong. Sekiranya pemaju memajak tanah atau harta, minta pemaju selesaikan baki yang ada semasa penyerahan pemilikan kosong. Syarat-syarat yang perlu dipatuhi:-
Pembeli hanya boleh menduduki rumah apabila CFO sudah dikeluarkan oleh PBT dan kerja-kerja mengubah suai rumah hanya dibenarkan selepas mendapat CFO serta kelulusan pelan oleh PBT berkenaan. Semasa pemeriksaan bangunan, sebarang kecacatan sahih direkodkan dan diserahkan kepada pemaju untuk tujuan pembaikan. Pastikan anda mendapat salinan aduan. Pembeli berhak menuntut ke atas kelewatan pemaju menyiapkan rumah. |
||
| Bayaran Gantirugi | ||
| Sekiranya pemaju gagal menyerahkan Pemilikan Kosong Bangunan pada masa yang ditetapkan dalam Perjanjian Jual dan Beli, pemaju hendaklah membayar kepada pembeli gantirugi yang dikira dari hari ke hari dengan kadar 10% setahun daripada harga beli rumah. | ||
| Tempoh Liabiliti Kecacatan | ||
Tempoh Liabiliti Kecacatan adalah 18 bulan selepas Penyerahan Pemilikan Kosong.
|
||
|
Penubuhan
Perbadanan Pengurusan Bagi Tanah dan
Bangunan Yang DiPecahbahagi
|
||
Satu Perbadanan Pengurusan akan diwujudkan oleh pembeli-pembeli apabila Hakmilik Strata bagi tiap-tiap petak dikeluarkan dan dipindahmilik kepada pembeli. Selain daripada beberapa fungsi lain, Perbadanan pengurusan adalah bertanggungjawab untuk menginsurankan dan menyelenggara bangunan. |
||
| Pertanyaan atau Aduan Perumahan | ||
|